Pemimpin

Pemimpin

Thursday 1 September 2016

Kenyataan media Ahli Parlimen Pokok Sena

*MENANTI PM NAJIB MENYATAKAN SIAPA MO1*.

1.Perdana Menteri, *Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri perlu tampil menyatakan siapakah Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat*.Ini bagi mengelak dari tanggapan yang PM Najib tidak seberani Datuk Abd Rahman Dahlan Menteri di JPM. *Mana mungkin PM Najib lebih penakut dari Rahman Menteri di JPM*.

2.Selagi PM Najib tidak membuat penjelasan siapa Malaysian Official 1 (MO1) ini akan memperlihat ada menteri yang takut hendak menyatakan siapakah MO1, walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah Perdana Menteri Najib. *Ini akan mempamerkan kabinet tidak sekata*.

3.Sebagai *pahlawan Bugis*,Najib sepatutnya tampil dengan berani menyatakan siapakah MO1.Najib tidak boleh membiarkan ada Menteri yang cakap dan menyatakan MO1 ialah Perdana Menteri Najib dan ada pula Menteri yang tak berani mengaku bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Najib. *Saya tidak pasti Menteri dan peguam negara yang tak berani menyatakan PM Najib  adalah MO1 adalah orang bodoh*.Yang jelas Rahman Dahlan menyatakan hanya *orang yang bodoh saja tak tahu siapa itu MO1*.Malah ada Ahli Parlimen yang biadab dengan mengaitkan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai MO1.

4.Saya yakin PM Najib bersetuju bahawa rakyat ingin melihat Perdana Menteri  yang berani dan bertanggungjawab.  Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca. *Kita tak mahu rakyat melihat PM Najib seperti yang selalu dilihat orang di Bugis Street*.Oleh itu PM Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya  menyatakan siapa MO1.

5 Kepada Menteri  *Kabinet dan Peguam Negara perlulah sepakat sama ada mereka bersetuju atau tidak pengakuan Datuk Rahman Dahlan yang PM Najib adalah MO1*.Ini adalah babak penting dalam episod mencari jawapan tentang wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir ke dalam poket (akaun) MO1.

#SingkirMO1
#SingkirKabinetMangkukHayun
#SelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.30 am Taman AlWalid Alor Setar
2 Sept 2016/30 Zulkaedah 1437H