Pemimpin

Pemimpin

Tuesday 27 October 2015

PEMAIN SIMPANAN

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Monday 26 October 2015

Ilmu dan Adab

Seorang pelajar dari Andalusia , Al-Ghazi bin Qais datang ke Madinah untuk menimba ilmu. Sedang beliau duduk di Masjid Nabawi, Al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid lalu terus duduk.

Lalu Al-Ghazi segera menegur lelaki tersebut: "wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Duduk di dalam masjid tanpa solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau jahil dalam hukum agama."

Lalu lelaki yang ditegur itu senyap lalu menunaikan solat 2 rakaat.

Tidak lama kemudian, Al-Ghazi melihat ramai orang berkerumun di sekeliling lelaki tadi untuk menuntut ilmu. Al-Ghazi pelik lalu bertanya kepada salah seorang pelajar.

Pelajar itu menjawab: "adapun beliau adalah Ibn Abi Zi'b, seorang pakar fiqh dan tokoh ulama dihormati Madinah ."

Al-Ghazi terkejut lalu menemui lelaki tersebut untuk meminta maaf atas kekasaran beliau .

Ulama besar  ini menjawab: "engkau tidak salah, engkau hanya menyuruhku membuat kebaikan, lalu aku mematuhimu."

Pengajaran: Yang menegur, tegurlah dengan beradab dan berakhlak,gunakan bahasa yang baik dan sopan manakala bagi yang ditegur, terimalah isi teguran dengan hati yang terbuka walaupun caranya tidak sesuai di mata kita.

Salam Ukhuwah.

UBAH

Makin ramai yang meluat dengan kekecohan politik yang berlaku ketika ini . Tidak kurang juga yang mula jauh hati dengan parti yang dulu pernah disanjung gara gara perbezaan pendapat antara orang nombor satu dan orang nombor dua dalam parti.
Pergeseran ini bukan sekadar membabitkan penyokong kedua dua pasukan malah turut membabitkan akar dan umbi. Krisis keyakinan mula melanda parti melayu itu sejak isu 1MDB dan isu derma 2.6 bilion dibangkitkan . Masing masing sibuk mempertahankan sumber sahih dan fakta masing masing walaupun siasatan PAC masih berjalan. Berilah ruang kepada PAC menjalankan amanah yang telah diberikan , berikan mereka sedikit masa lagi untuk memastikan isu 1MDB ini diselesaikan.
Tidak dinafikan isu 1MDB merupakan isu nasional yang mampu menjejaskan keyakinan rakyat marhaen tetapi selagi dalam proses siasatan kita harus yakin keadilan dan kebenaran pasti akan ditegakkan.
Terpulang pada kita untuk membaca setiap info dari Sarawak Report atau Malaysiakini tetapi harus diingat itu hanya sekadar laporan berita dan artikel yang belum disahkan . Tanggungjawab kita memastikan siasatan 1MDB berjalan lancar dan percaya proses keadilan akan berlangsung sebaiknya.
Mengalihkan isu 1MDB dengan menyerang peribadi individu tertentu hanya memburukkan imej UMNO, BN dan kerajaan sendiri. Apa kelebihan yang kita dapat dengan membongkar pentadbiran yang lepas ? Tidakkah membuktikan kita sebagai orang yang pernah mempertahankan kerajaan BN dulu sebagai hipokrit dan munafik? Adakah kita akan berkata tidak pernah tahu dan tidak pernah diberitahu kepimpinan dahulu teruk , zalim , pincang dan sebagainya. Kita yang pertahankan dan kita jugak yang merosakkan nama baik parti dan kerajaan. Segala apa yang kita lakukan sekarang ini dibaca dan dinilai. Penilaian yang memungkinkan kita kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam pembentukan sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen .Ubah sebelum terlambat. Berhenti menyerang rakan rakan seperjuangan yang masih lagi kekal dalam parti yang sama. Seseorang perlu mengambil langkah pertama.. BERDAMAI

Catatan pemulaan

Alhamdulillah

Segala puji hanya padaMu Ya Allah
Segala ilmu yang dimiliki hanya pinjaman yang perlu dikongsi bersama masyarakat demi memastikan kesinambungan pemerintahan dan pentadbiran sebuah kerajaan yang dipilih rakyat kekal berada dilandasan yang betul dalam menempuh cabaran semasa.
Di saat ini dunia politik  Malaysia sedang dilanda gelombang perpecahan yang maha dahsyat . Umno parti keramat orang Melayu kini mengalami keretakan yang parah , PAS yang dulu dominan dikuasai golongan ulamak dan ustaz turut menerima bahangnya apabila calon presiden yang tewas Mat Sabu menubuhkan Parti Amanah dan membawa bersama ramai elit PAS yang mahukan pembaharuan dalam politik Malaysia.
Isu 1MDB , DEIG , GST menjadi rencah harian kehidupan rakyat Malaysia . Permainan persepsi semakin tidak terkawal dengan lontaran kritikan dan hentaman mantan Sang Perdana Menteri yang keempat serta serangan Sarawak Report dan Wall Street Journal. Penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memburukkan keadaan . Pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu baik apatah lagi dibantu oleh sebilangan pahlawan papan kekunci yang mengaku sayangkan BN tapi pada masa yang turut membantu memberikan promosi kepada pembangkang untuk menjuarai isu ini.
Kewujudan kem cytro dalam Umno mendorong kearah perpecahan yang lebih buruk . Cytro cytro ini cukup hebat dan terlatih dalam mencipta dan menjuarai isu tetapi kini bergelut membantu menyediakan peluru untuk pembangkang dengan menghentam DS Najib , Tun , TSMY dan Zahid secara terbuka. Alangkah baiknya jika usaha yang sama dilakukan untuk membuka pekung pembangkang yang turut membusuk dengan dengan pelbagai isu dikala ini.
Cytro BN yang saya kenali adalah yang terbaik .
Ketepikan permusuhan sesama sendiri dan beri tumpuan kepada pembangkang

SELAMAT DATANG KE DARAH MERAH SANG SAKA