Pemimpin

Pemimpin

Sunday 30 October 2016

Tinta Haniff Khatri

Tulisan haniff kathri :

Siri : 450

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Ketua Polis Negara, Tan Sri KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh Sinar Harian bertarikh 29.10.2016 sebagai berkata :

" Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang tindakan diambil,", dan

" Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa jua kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah."

2. Pesanan jujur dan ikhlas saya kepada KHALID ABU BAKAR :

(a) Silalah baca, telaah dan hadam akan PERKARA 63(4) & (5) bersesama dengan PERKARA 10(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, sebelum perlu membuang masa pegawai-pegawai PDRM lain, untuk kononnya menyiasat laporan-laporan yang difailkan terhadap Ucapan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal dan DS Ahmad Husni Hanadzlah, di Parlimen. Masa dan tenaga PDRM lebih baik digunakan terhadap menjaga dan menyiasat perkara-perkara lain yang sebenar-benarnya bercorak jenayah, demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat awam !!

(b) Yang sebenarnya, tiada "akuan sumpah (statutory declaration)" yang wujud dalam perkara ini !! Apa yang awak, KHALID ABU BAKAR, mungkin maksudkan adalah SUMPAH PERJAWATAN yang diambil oleh kesemua ahli Jemaah Menteri termasuk PERDANA MENTERI di hadapan KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, yang mengandungi 2 bahagian :

(i) Sumpah Jawatan dan Setia
"Saya,............................................................, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ............................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.", dan KEMUDIANNYA baru,

(ii) Sumpah Simpan Rahsia
"Saya,..............................................................................., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang ................................................................... KECUALI SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

(c). Menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", seorang MENTERI mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan", dan KEMUDIANnya baru, "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" !! Justeru, sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERI mahupun KERAJAAN, maka menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", SEMESTINYALAH Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang diketahuInya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada perlanggaran "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" !!

(d) KHALID ABU BAKAR, JANGAN LUPA, anda sebagai Ketua Polis Negara, adalah salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Pasukan Polis menurut PERKARA 140(3)(b) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, dan menurut PERKARA 142(6) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN , anda juga telah mengangkat SUMPAH PERJAWATAN yang sama, melalui mana anda, KHALID ABU BAKAR telah juga mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan" !!

(e) Justeru, AWAS !! Sekiranya anda INGKARI akan  SUMPAH PERJAWATAN itu, anda, KHALID ABU BAKAR, boleh dan WAJIB dikenakan tindakan yang wajar di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan undang-undang yang berkaitan !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!