Pemimpin

Pemimpin

Friday 26 August 2016

Hero Malaya

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ADALAH PENYELAMAT RAJA-RAJA MELAYU.

Hansard 18 Januari 1993

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja. Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat

Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Kredit: Azmi Murad

Ye ke ?

*KENAPA HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN BODOH SANGAT!!*

Saya tidak hairan dengan pemikiran dan pandangan bodoh dari Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden parti Najib masakini!!

Hishamuddin Tun Hussein dari dulu sehingga kini amat kurang cerdik!! Sebab itulah dia pegang jawatan menteri apa pun kementeriannya tidak pernah menyerlah!!

Dia naik dalam politik semata-mata kerana beliau adalah anak kepada mantan perdana menteri!! Itu saja!! Dari segi otak amat kurang!!

Saya nak bagi tahu Hishamuddin Tun Hussein kenapa datuknya yang bernama Datuk Onn Jaafar tidak pernah mengaruk dan tidak pernah suruh jatuhkan perdana menteri pada waktu itu?!

Pada ketika itu Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman merupakan seorang perdana menteri yang amat bersih!!  Datuk Onn Jaafar hanya mempunyai perbedaan pendapat di dalam dasar serta halatuju UMNO pada detik tersebut khususnya isu 'Jus Soli' saja!!

Tetapi buat masa kini negara kita mempunyai seorang perdana menteri 'Lanun Bugis' yang telah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di tanahair kita!!

Najib Tun Razak sedang dibelenggui dengan kes skandal 1MDB yang telah hilang sejumlah lebih kurang RM28 bilion  dari akaun syarikat tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh laporan ketua audit negara.

5 negara-negara luar iaitu Singapura, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Peranchis serta Amerika Syarikat yang telah saya buat laporan polis mengesahkan mempunyai pelbagai bukti-bukti penyelewengan dana yang terbesar dalam sejarah dunia yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia masakini!!

Sebagai makluman si bangang Hishamuddin Tun Hussein; atas dasar pengkhianatan Najib Tun Razak dalam isu inilah yang sedang merosakkan ekonomi negara dengan begitu teruk sekali yang mendesak kami berjuang secara habis-habisan bagi menyingkir Najib Tun Razak!!

Kalau Najib Tun Razak ini bersih macam Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman sudah pasti kami tidak akan mengaruk untuk jatuhkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara!!

Sekiranya Najib Tun Razak tidak disingkirkan secara kadar segera; pada pendapat peribadi saya keseluruhan sistem ekonomi kita akan terus hancur!!

Dengan penerangan serba ringkas ini saya harap Hishamuddin Tun Hussein faham akan segala tindak-tanduk murni kami untuk selamatkan Malaysia!!

DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
24 Aug 2016

Saturday 20 August 2016

Realiti hihi

Ini penilaian saya di zaman sekarang, bukan zaman saya, kerana dizaman saya ramai exco Pemuda ada kelulusan profesional saperti peguam, jurutera. arkitek dan jika masuk politik mereka dah buat bisnes. dah pakai kereta mewah atau sudah ada jawatan setpol atau ahli Parlimen..saperti shahrir samad, rais yatim, rahim tamby chik.. lepas itu baru bertanding exco.

Kini.. purata exco Pemuda Umno asal sepak kertas, kurang yg ada kelulusan profesional saperti peguam, arkitek, jurutera. Bila duduk dalam exco Pemuda UMNO mula berpindah rumah.. kereta buat Proton bertukar menjadi kereta import. dah ada kereta.. ada motor kuasa tinggi pula. Cuti tidak lagi d
Port Dickson, Genting atau Cameron Highland atau Pulai Pinang.

Tiba2  bertukar gaya.. tak pernah
main golf main golf.. dizaman saya boleh kira dengan jari, EXco yang
main golf, pakaian pun, beli jenama yang ada branding. zaman saya. saya tak tahu apa baju yang berjenama dia pakai.. kerana dlm semua majlis politik.. semuanya majlis politik.

Soal hisap curut, memang tak ada. hisap rokok pun berkongsi. walau pun rokok murah. Tapi tak hypokrit..jika main trup sesama kami. banyak minta kalah dari menang.. sebab yang menang akan belanja makan.. Yang kalah akan
mengaku kalah dua kali dari yang sebenar kalah.. Kalah RM20.00 kata kalah RM50.00.. akhir tak ada siapa yang menang, yang menang jadi kalah.. yang kalah jadi menang.

Sang Kelembai: Hari ini semuanya berubah.. Pemuda UMNO sebahagian sudah bertukar dari pemuda dan manusia bertukar menjadi beruang.. kerana mengejar peluang.

Alor Star
August 21. 2016

Tuesday 16 August 2016

ProWaris Media 1MDB dan Obama

[VIRAL | SEBAR]

[BERITA PENUH]
"GEMPAR : BARRACK OBAMA DAN NAJIB RAZAK TERLIBAT DALAM SKANDAL 1MDB-DUSABLE DAN 260 EKAR TANAH KUALA KETIL, KEDAH" - MUKHRIZ MAHATHIR DI SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH PADA SELASA, 15 OGOS 2016

(Kronologi Isu 1MDB DuSable, projek solar dan tanah Kuala Ketil, Kedah seiring dengan laporan kaji risik 234 mukasurat Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

1.​ Pada 11 April 2014, 1MDB dan DuSable, firma permodalan tenaga yang ditubuhkan pada tahun 2013  diketuai oleh Frank White Jr., penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.

1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan DuSable memiliki 49%.

2.​ Pada satu hari tahun 2014, saya yang selama itu hanya berkomunikasi melalui SMS dan tidak pernah terima panggilan dari Dato' Seri Najib terperanjat menerima panggilan dari beliau yang menyuruh saya mencari sebidang tanah seluas 300 ekar bagi tujuan 'Green Initiative' yang dipelopori President Barrack Obama.

Menyusul dari panggilan itu, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambil-alihan tanah di Kuala Ketil, Kedah bagi pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

3.​ Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima Surat Penganugerahan ('Letter of Award') daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.

4.​ Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga ('Power Purchase Agreement'- PPA) secara urusniaga terus ('direct deal') dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun untuk pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil, Kedah. 1MDB juga akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40 sen/kWj dan 46 sen/kWj menurut perjanjian tersebut.

5.​ Pada 2 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable dengan bayaran AS$69 juta.

6.  ​Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebahagian daripada pelan Tawaran Awam Permulaan ('Initial Public Offering' - IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (Edra) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan Edra mendapat hak 100% untuk menjalankan projek solar tersebut.

Nama 1MDB Solar ditukar kepada Edra Solar dan segala kepentingan projek tenaga solar  di Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah Edra.

7.​  Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual Edra dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk Edra Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada syarikat gergasi tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp. (CGN) dan anak syarikatnya CGN Group dengan nilai RM9.83 billion.

Skandal 1MDB-DuSable

1.  Kaitan Barrack Obama dalam Isu Tanah Kuala Ketil dan Transaksi 1MDB-DuSable

Transaksi di atas menunjukan jejak bukti bahawa Najib Razak melalui 1MDB sendiri telah bekerjasama  dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Seorang tokoh yang dilabelkan para pemimpin UMNO sebagai Pembunuh ummat Islam di Iraq tetapi pernah berselfie dan bermain golf dengan Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Ini sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.

Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO baru-baru ini.

2.​  Status pemilikan tanah di Kuala Ketil, Kedah

Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik tanah di Kuala Ketil, Kedah sebanyak 260 ekar tersebut. Adakah tanah tersebut telah jatuh ke tangan firma asing dari China ini (CGN)?

3.​  Status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB

Sehingga kini BDB masih belum menerima bayaran daripada 1MDB setelah 1MDB membeli tanah di Kuala Ketil tersebut. Hanya bayaran deposit sebanyak RM3.5 juta sahaja yang telah dibayar oleh 1MDB kepada BDB.

4.  ​Laporan PAC tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah

Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada halaman ke-98 kolum terakhir telah mendapati terdapat percanggahan antara keputusan Lembaga Pengarah Pemegang Saham dalam 1MDB dan tindakan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah.

Pada 24 Mac 2015, melalui satu Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan sebanyak RM33.40 juta sebagai bayaran kepada BDB untuk pembelian tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan projek perintis tenaga solar dengan kapasiti 50MW.

Namun pihak pengurusan 1MDB telah menetapkan bayaran sebanyak RM65 juta untuk perjanjian jual beli tanah tersebut pada 27 Ogos 2015.

PAC juga gagal menemui sebarang dokumen yang menunjukkan mengapa terdapat perbezaan harga perolehan berjumlah RM31.50 juta yang telah diluluskanoleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Persoalannya, sekiranya 1MDB menyatakan mereka telahmembayar RM65 juta kepada BDB, mengapa sehingga sekarang BDB masih belum menerima wang tersebut? Ke mana wang tersebut pergi? Kepada siapa sebenarnya 1MDB bayar wang tersebut?

5.​  Laporan PAC tentang urusniaga 1MDB dan DuSable

Dalam laporan PAC pada halaman 64, terdapat percanggahan antara amaun yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable.

Menurut laporan PAC tersebut, 1MDB telah membayar sebanyak AS$95 juta kepada DuSable untuk pembelian kesemua 49% kepentingan Dana Ekuiti Persendirian Yurus dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah.

Tetapi dalam kenyataan media bertarikh 11 November 2015 oleh 1MDB dan DuSable telah menyatakan 1MDB telah membayar AS$69 juta kepada DuSable untuk pembelian semua kepentingan tersebut selepas 6 bulan perjanjian usahasama itu dilakukan.

Mengapa terdapat perbezaan sebanyak AS$26 juta dalam urusniaga tersebut? Ke mana wang itu sebenarnya pergi? Adakah DuSable sedar tentang nilai sebenar urusniaga tersebut? Adakah firma tenaga yang diketuai oleh penasihat Obama ini turut menjadi mangsa skandal 1MDB?

Kesimpulan

Kos AS$95 juta yang telah dilaburkan 1MDB adalah terlalu mahal dan sepatutnya dengan dana tersebut, pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti  lebih tinggi daripada 50MW telah dilaksanakan.

Bayaran sebanyak AS$69 juta yang kepada DuSable juga tidak wajar kerana tiada sebarang projek solar dilaksanakan oleh 1MDB di atas tanah tersebut dan pembayaran tersebut dilakukan hanya selepas 6 bulan 1MDB dan DuSable menandatangani perjanjian usahasama projek solar tersebut.

Semakan mendapati tiada sebarang pembinaan dilakukan di atas tanah tersebut dan status pemilikan tanah tersebut juga masih samar. Bayaran kepada pemilik tanah sebelumnya iaitu BDB juga tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Kedah yang mentadbir sekarang juga seolah-olah memandang enteng perkara ini dan tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali hak negeri ini khasnya dan hak rakyat Kedah amnya.

#ProWarisMedia

Monday 15 August 2016

ISU TANAH KUALA KETIL TERBONGKAR ?

*[VIRAL | TERSEBAR] ISU DUSABLE, TANAH KUALA KETIL & BARRACK OBAMA DALAM KES SKANDAL 1MDB NAJIB RAZAK*

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini adalah pagi penting buat ProWaris, Rakyat Kedah dan Rakyat Malaysia semua kerana YB DS Mukhriz Mahathir akan bentangkan isu 1MDB-DuSable di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang mengutuk penjualan tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil kepunyaan Rakyat dan Kerajaan Kedah
di Kuala Ketil kepada Perkumpulan Edra Solar
1MDB yang kini dimiliki oleh kuasa asing, China General Nuclear (CGN).

Kenyataan DS Mukhriz itu akan membuktikan bahawa Najib Razak sendiri telah bersekongkol dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Inj sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.

Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO.

*FERIZ OMAR*
Presiden
Pertubuhan Profesional
Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
_#ProWarisMedia_

Press Release GKCM

PRESS RELEASE
MONDAY 15 AUG 2016

Official Statement GKCM

Serangan terhadap Tun Mahathir akan melahirkan berjuta lagi Mahathir.

1. Ketika Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil beberapa hari untuk berehat di IJN berikutan jangkitan kuman di dada, pemimpin UMNO kelihatan terus menerus menyerangnya.

2. TV3 terus dijadikan alat medan serangan terhadap Tun Mahathir secara habis-habisan.

3. Yang jelas serangan berterusan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa pengkritik utama Presiden UMNO ini diperlakukan seburuk mungkin agar kepercayaan masyarakat terhadapnya akan terjejas.

4. Menyedari bahawa media kerajaan masih mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat pertengahan tahun dan yang sudah berusia, TV3 digunakan secukupnya agar apa saja yang diperkatakan oleh Tun akan dipandang sepi.

5. Tindak tanduk pemimpin UMNO yang menggunakan TV3 tidak ubah seperti golongan peguambela yang cuba melindungi kliennya dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap saksi utama pendakwaan.

6. Ini adalah kerana apa saja yang didedahkan oleh Tun M mengenai 1MDB dan Dato Seri Mohd Najib akan mendapat perhatian dan minat yang luas.

7. Tun dilihat sebagai karektor yang perlu 'ditangani' kerana pengaruh besarnya terhadap masyarakat negara ini.

8. Dalam setiap character assasination (pembunuhan karektor), empat perkara akan digunapakai oleh musuh.

9. Empat perkara ini ialah 'Discredit' (Cemar), 'Defamation' (Fitnah), 'Demonize' (Memburuk)dan 'Dehumanize' (Tidak berperikemanusiaan).

10. Pemimpin UMNO lupa bahawa Tun Mahathir telah sebati dengan jiwa golongan yang membesar dalam zamannya. Bagi mereka Tun adalah segalanya.

11. Tun Mahathir bukanlah karektor yang mudah untuk dibunuh kerana beliau tidak peduli dengan apa yang dilabelkan terhadapnya kerana kebenaran dan kepentingan  negara itu lebih penting daripada kehilangan gelaran sebagai negarawan.

12. Cubaan 'membunuh karektor' terhadap Tun Mahathir hanya merupakan tugas yang sia-sia kerana ia hanya akan menyemarakkan api perjuangan penyokong Tun yang selama ini hanya berdiam diri dan memendam amarah yang tidak dapat dibendung lagi.

13. Percayalah 'pembunuhan karektor' terhadap Tun Mahathir akan melahirkan sejuta lagi karektor pejuang seperti beliau.

#Berani Kerana Benar

Kamarulazman Habibur Rahman
Presiden GKCM

KENYATAAN MEDIA
ISNIN 15 OGOS 2016

BERSATU BERSAMA SEMUA

BERSATU MENGANGKAT MARUAH MELAYU

Tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan BERSATU, serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin UMNO. Terbaharu ialah daripada Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP. Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.

Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada ahli dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata “jump the gun”. Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang.

Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib. Mereka akan terus berkata bahawa  DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!

Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini. Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana. Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi. Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Ini hanyalah secebis daripada wang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion. Sebahagian besar wang ini tidak dapat dikesan dan kemungkinan juga telah lesap.

Adakah orang Melayu akan melupakan semua ini dan memaafkan Najib dan konco-konconya? Tentu sekali tidak. Amat malang jika Najib berfikiran begitu. Beliau sebenarnya memandang rendah nilai, budaya dan maruah orang Melayu.

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat. Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Saya yakin orang Melayu yang tinggi adab dan tatasusilanya akan bangkit bersatu secara terhormat untuk menentang kemungkaran Najib dan pentadbirannya yang telah merosakkan maruah bangsa dan negara. Saya percaya masa untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara yang kian tercalar telah tiba. Masanya ialah sekarang!

Bersatulah demi menyelamatkan Malaysia!



YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Penaja
BERSATU

Sunday 14 August 2016

JOM HULUR BANTUAN

BANTUAN ANDA AMAT DIPERLUKAN!!!

MUHD.AMIRUL AFWAN BIN ABDUL HAMID,18TAHUN
HIDAPI PENYAKIT KANSER TULANG PERLUKAN BANTUAN KOS PERUBATAN,RAWATAN DLL

ABDUL HAMID BIN MAHMOOD(BAPA)
NO.TEL:012-325 1284
MAYBANK:112362009411

Friday 12 August 2016

Biduk Lalu Kiambang Bertaut

Syukur alhamdulillah Ds khairuddin abu hassan telah pun bertemu secara empat mata dengan ayahanda tun m di hospital IJN jam 2:30 ptg tadi

Segalanya berakhir dengan penuh keberkatan!!

Ds khairuddin abu hassan telah berikrar untuk mematuhi secara erat segala nasihat serta pandangan ayahanda tun m. Beliau amat menghormati dan mentaati perjuangan ayahanda tun m.

Tokoh negarawan terulung memohon jasabaik semua pihak agar bersatu hati untuk menrealisasikan kejayaan gemilang parti BERSATU!!

Ds khairuddin abu hassan turut berazam berdiri teguh di bawah kepimpinan protem parti baru buat masa ini.

������PARTI BERSATU harapan rakyat�����

Presiden PERKASA pun bersuara dah ..

ULASAN Berbagai ulasan, pandangan serta kenyataan-kenyataan pelbagai pihak dapat kita lihat mengenai parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada yang berbaur kecaman. Ada yang memperlekeh dan berbagai lagi komen, khususnya pemimpin-pemimpin parti politik, golongan akademik dan ilmuwan.

Pada pandangan saya, ia mudah saja untuk kita ulas.

Kalau penubuhan parti baru BERSATU ini dianggap remeh, tiada sokongan, tidak memberi kesan pada kepada parti lain, dianggap hanya parti serpihan, tidak dapat bertahan lama atau berkubur selepas PRU14, kenapa perlu dibuat pelbagai andaian dan kenyataan serta ulasan di media?

Sehinggakan nama BERSATU pun mendapat bantahan. Pelbagai alasan dan tekanan sudah mula timbul satu per satu.

Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak.

Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Takkanlah golongan akademik pun tidak faham.

Di mana sifat intelektualisme dan keilmuwan. Mahathir dan Muhyiddin juga rakyat Malaysia yang berhak menubuhkan parti.

Beri ruang, peluang

Soal sama ada mendapat sokongan atau tidak dari rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang.

Jangan sesekali cuba merendahkan minda rakyat kerana rakyat tahu apa yang mereka harapkan.

Kini dunia tanpa sempadan. Maklumat di hujung jari. Tidak perlulah keterlaluan mengeluarkan kenyataan atau ulasan seolah-olah tahu segala-galanya dalam minda dan pemikiran rakyat.

Nasihat saya, walaupun masing-masing ada hujah, pandangan. Dan janganlah sehingga 'mendahului kuasa dan ketentuan Allah'.

Kita hanya merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukan.

Dalam dunia politik khususnya ketika ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Ini wajar diingati supaya jangan terlalu angkuh, takbur dan memandang rendah keupayaan orang lain sehingga ke tahap menghina.

Ini akan merugikan dan terkesan sehingga terlalu negatif untuk diterima. Paku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih.

Yang benar ditidakkan...

Setakat ini saya berpendapat, pandangan Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin boleh dianggap rasional dan berpijak di bumi nyata.

Jelas kelihatan matang dan logik. Jauh lebih baik dari ulasan serta pandangan lain waima pandangan ahli akademik mahu pun tokoh-tokoh politik yang lain.

Pepatah Melayu ada menyebut: Kata yang benar ditidakkan, rahmat tuhan dilarikan.

Ulasan saya ini sekadar sebuah pandangan bebas daripada mantan calon bebas dan masih bebas dari parti-parti politik.

Pandangan saya sebagai rakyat yang memahami dan mendukung demokrasi, aktivis politik dan mantan anggota parlimen tiga penggal dan memegang berbagai jawatan dalam parti politik sebelum ini serta presiden PERKASA.

Saya terpanggil membuat ulasan ini kerana saya rasa amat lucu dan adakalanya ketawa sendirian apabila membaca berbagai kenyataan pihak-pihak tertentu yang saya anggap seolah-olah menonton program Maharaja Lawak Mega.

Kenyataan-kenyataan yang dilihat seperti Maharaja Lawak inilah yang akan mendorong rakyat menyokong parti baru BERSATU yang ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin.

Saya akhiri ulasan dan pandangan saya dengan serangkap pantun:

Keris disanding bersama tombak,
diasap setanggi bunga teratai;
kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai.

DATUK IBRAHIM ALI presiden PERKASA.

Thursday 11 August 2016

EXIT

Hari ni malas nak tulis panjang-panjang . Cuma satu je nak bagitau GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI SEBAIK-BAIKNYA. Nasib negara ini terletak ditangan ANDA

Coretan Awal Pagi

BERSATU
MERAH PUTIH
BUNGA RAYA

3 benda yang nampak ringkas tapi sudah mula terserlah kehebatannya dalam mencatur dan mencongak.
BERSATU
Hanya satu perkataan biasa sangat disebut tak kira oleh pemimpin atau orang biasa . Mudah diucap sukar dilaksanakan . Dalam PERKEMBAR ( UMNO ) sendiri ada perkataan bersatu. Dan ada banyak lagi parti yang didaftarkan telah dan pernah menggunakan perkataan BERSATU tapi tak pernah pulak menjadi masalah kepada Umno dan pimpinannya . Cuma kali ini Ku Nan melompat sikit ( tak boleh lompat tinggi nanti seluar terlondeh ) menyatakan kepada ROS perkataan BERSATU tu tak boleh pakai . Apakah alasannya ? Beliau sendiri tak ada jawapannya semata mata nak ambil hati bossnya. Adakah ROS akan ikut cakapnya ? ROS ini bukan Ros yang itu . ROS yang ini tak boleh tunduk pada Ku Nan yang katanya mewakili parti tak suka BERSATU digunakan oleh parti baru ini . Kalau Ros yang sorang lagi tu memang takkan ikut cakap Ku Nan jugak silap haribulan Ku Nan yang kena tundukkan kepala .Pelik la Ku Nan ni , tolonglah jangan buat perangai budak budak .Perkataan BERSATU tak pernah dipaternkan sapa sapa pun boleh guna .
Merah Putih .
Ingat lagi gelombang baju merah yang diadakan tidak lama dulu .Hebat dan masih terasa kehangatan itu sampai sekarang .Memang satu satunya himpunan paling berjaya mengumpulkan orang orang melayu tak ketinggalan juga cina dan india yang anti himpunan Bersih. Dan kini gelombang merah putih itu melanda facebook terutama pengguna dari Malaysia. Makin ramai yang tukar pic profile kepada warna tersebut dgn logo bunga raya. Makin hari makin bertambah . Petanda ramai netizen yang bakal jadi ahli atau menggunakan parti baru ini sebagai wadah perjuangan . Yang ternganga mestilah penganjur himpunan merah tempoh hari.
BUNGA RAYA
Malas nak cakap banyak . Logo bunga raya dikatakan sama dengan logo Botox . Tak boleh pakai langsung. Dek terlebih dedak mata jadi rabun nak bezakan imej bunga raya atau logo botox . Bunga Kebangsaan pulak tu .Rasanya tak lama lagi punahsihat punahsihat di sekeliling boss tu akan bagi cadangan tukar bunga kebangsaan . Nak buat macam mana sekarang ni tak ada yang mustahil di Malaysia.
Apa pun selamat berjuang semua . Pertahankan apa yang korang rasa betul .

KAMI AKAN BERSATU UNTUK MENGALAHKAN KAMU SEMUA BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH MALAYSIA.

Perginya seorang Pelawak

Pelakon, Shafiee Jaafar atau Pak Piee Meninggal Dunia

Pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang 9 malam tadi

Berita pemergian arwah disahkan oleh rakan karibya, Omar M Hashim atau Omara sebentar tadi kepada portal Kosmo!

Menurut Omara, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee dari anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.

"Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya

Arwah merupakan seorang pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat industri seni negara dan juga rakyat Malaysia.

SAMBUT BAIK PENUBUHAN BERSATU

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas ketua pembangkang itu berharap pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan menggerakkan parti baru itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat, berkata beliau akan mendengar berkaitan pembentukan parti baru itu.

“Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya ketika diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau diminta mengulas berkaitan parti itu yang dipimpin Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Didaftarkan Selasa lalu, parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

BERSATU dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Najib dalam pilihan raya umum akan datang.
https://m.malaysiakini.com/news/351892

Tumpang Meroyan

Perkongsian info :
Sejarah politik Malaysia.. parti - parti yang mengunakan nama BERSATU antaranya ..

1. Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu*  (UMNO)
2. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu* (PBB)
3. Parti Rakyat Bersatu* Sarawak (SUPP)
4. Parti Bersatu* Sabah (PBS)
5. Parti Bersatu* Rakyat Sabah (PBRS)
6. Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan DusunMurut Bersatu*
7. Parti Bersatu* India Malaysia (MIUP)
8. Parti Bersatu* Sasa Malaysia (BERSAMA)
9. Parti Pertubuhan Kebangsaan  Pasok NunukRagang Bersatu*
10Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu* (PERSB)
11Parti Rakyat Bersatu* (UPP)
12Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu* Sabah (SETIA)

dan ada puluhan lagi parti yang telah dibubar atau tidak aktif mengunakan BERSATU dlm pendaftaran masing masing.. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, nama pertubuhan mestilah berbeza antara satu sama lain, so tidak menjadi kesalahan disudut perundangan kerana BERSATU yang digunakan oleh parti ini, berbeza dgn akronim Bersatu pada mana mana parti politik sedia ada dinegara ini...

Tapi satu satunya parti yang boleh buat UMNO dan Kerajaan BN meroyan hanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Wednesday 10 August 2016

TOKOH PEMIMPIN JANGAN KURANG AJAR

*Tokoh pemimpin perlu bersih, jangan kurang ajar terhadap Tun Mahathir*, kata Khairuddin

11 AUG 2016
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan untuk menjadi tokoh pemimpin perlu bersih dan kelihatan bersih dan tidak kurang ajar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjayakan misi Selamatkan Malaysia.

Beliau juga mengingatkan, dikalangan pendokong parti baharu mereka hanya menumpang populariti Tun Mahathir.

"Kita semua hanya menumpang populariti Tun Mahathir. Jadi penting untuk kita jadikan Tun Mahathir sebagai paksi rujukan utama. Pengalamannya terlalu luas.

"Ilmu politik Tan Sri Muhyiddin, 'tahi kuku Tun M pun tak ada'! Kita mesti ikhlas dengan Tun Mahathir. Macam mana kita bercakap di hadapannya macam itu lah juga pendirian kita di belakangnya.

"Jangan depan manis belakang mencaci. Kalau nak selamat ikut arah tuju dan dasar Tun Mahathir. Insyaallah dengan izin Allah swt parti baharu akan jadi kuat.

"Pokok persoalan yang penting untuk menjadi tokoh pemimpin kita mesti bersih dan kelihatan bersih yang keduanya, kalau kita sedar pada hari ini kita hanya menumpang populariti Tun Mahathir untuk jayakan agenda serta misi Selamatkan Malaysia, kita jangan sama sekali kurang ajar dengan Tun Mahathir," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Khairuddin pada 5 Ogos lalu menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan Khairuddin itu menimbulkan banyak tanda tanya kerana beliau adalah antara penggerak dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Dr. Mahathir sebelum ini dan ramai yang menjangka beliau antara individu yang akan terbabit secara lansung dalam  penubuhan parti baharu.

Beliau juga bercadang akan mengadakan sidang medianya semalam, untuk menjelaskan perkara tersebut, tetapi dibatalkan ekoran Dr Mahathir masih lagi berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana menjalani rawatan.

"Tunggu Tun Mahathir keluar hospital dulu...nak bincang dari hati ke hati dengan Tun Mahathir. Nanti saya cerita secara mendalam (sidang media)," ujarnya.

Elak meniru pemimpin dan parti Umno

Tan Sri Muhyiddin dan jawatankuasa penaja penubuhan parti baharu Bersatu ketika membuat permohonan pendaftaran parti di ROS pada 9 Ogos lalu.
Tan Sri Muhyiddin dan jawatankuasa penaja penubuhan parti baharu Bersatu ketika membuat permohonan pendaftaran parti di ROS pada 9 Ogos lalu.

Beliau juga berharap parti baharu, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal dipimpin Muhyiddin itu kelak tidak bersifat 'meniru' amalan buruk Umno.

"Saya harap mereka jangan tiru sifat serta amalan buruk pemimpin Umno. Kita mesti belajar dari kesilapan Umno. Kalau kita hanya duplikasi parti Umno yang sudah tidak relevan saya yakin rakyat juga akan tolak parti baharu.

"Pemimpin-pemimpin parti baharu kena pegang utuh pada konsep musyawarah kerana parti bukan milik eksklusif seseorang individu," katanya.

Muhyiddin pada 9 Ogos lalu sudahpun memohon pendaftaran parti Bersatu di Pentaftar Pertubuhan Sosial (RoS) di Putrajaya.

Ditanya adakah beliau berpendirian teguh tidak akan menyertai Bersatu, sebaliknya Khairuddin menegaskan, beliau menyokong penubuhan Bersatu walaupun tidak berada dalam jawatankuasa penaja atau menjadi ahli kelak.

"Saya hanya pengikut kerdil yang tidak memegang langsung tunggak untuk kuatkan parti baharu. Saya ada banyak peranan di luar. Tidak semestinya perlu menjadi ahli parti yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin.

"Paksi pengorbanan saya hanyalah untuk Tun Mahathir. Kalau saya berkorban bantu Tun Mahathir maknanya, secara tidak langsung pun
saya membantu parti baharu. Tidak semestinya saya masuk jadi ahli parti baharu.

"Saya hanya penyokong setia fan kuat Tun Mahathir. Jadi apa pun tindakan saya tiada kesan langsung pada parti baharu.

"Macam-macam cara kita boleh bantu parti. Pangkat dan jawatan tidak penting langsung bagi saya. Selama ni pun saya berjuang seorang diri saja. Saya tak perlu platform politik.

"Kalau kita ikhlas untuk berjuang dalam apa kapasiti pun kita boleh berjuang. Apa yang penting saya berpegang pada prinsip perjuangan luhur yang diajar oleh Tun Mahathir yang pernah mentadbir 22 tahun di negara ini," terangnya.

Nora dan Penjual Kuih : Satu perbualan yang membuka minda

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

DAILOG YANG MEYENTUH PERASAAN

KENYATAAN AKHBAR KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN SETIAUSAHA PENAJA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA  (BERSATU)  MENGENAI PENDAFTARAN KEAHLIAN.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, akhirnya pada 9 Ogos 2016 kita telah melakar sejarah baru yang penuh bermakna dalam perkembangan politik tanahair apabila berjaya membuat permohonan resmi kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi penubuhan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

2. Sambutan terhadap BERSATU amat menakjubkan dan menjadi sebutan masyarakat dari segenap lapisan masyarakat. Dalam tempoh beberapa jam sahaja kita telah dihujani dengan ribuan permohonan untuk menjadi ahli BERSATU.

3. Dalam kegairahan orang ramai menjadi ahli, ramai pula yang telah mengeluarkan borang keahlian untuk menyertai BERSATU.

4. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa sebarang pendaftaran keahlian hendaklah dilakukan setelah BERSATU mendapat kelulusan daripada ROS.

5. Justeru bagi mengelakkan sebarang halangan, kekeliruan dan kekangan terhadap kelulusan BERSATU, saya ingin menyeru agar semua pihak bersabar dan jangan mengeluarkan sebarang borang keahlian sendiri yang akan mengelirukan orang-ramai.

5. Yakinlah kita mempunyai borang keahlian sendiri dan sebaik sahaja kita mendapat kelulusan daripada ROS, borang ini akan diedarkan sama ada diisi secara atas talian ataupun secara manual melalui borang.

6. Minat dan kerjasama anda semua amat amat dihargai dan dialu alukan.

Sekian. Terima kasih.

KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
Setiausaha Penaja
BERSATU

Petikan daripada Group Whatsapp

1. Najib tells his tame audience that I want him to do things my way only. Maybe so though I don’t think it is true.

2. But if he wants to do things his way, it should at least to be something good for the country. Promoting corruption is certainly not good for the country or for anyone.

3. Having 2.6 billion Ringgit in his private account is also not good. No Prime Minister of Malaysia should have that amount of Ringgit in his private account. And the explanation he gives as to the source of the billions is quite ridiculous.

4. And now it is about loyalty to the institution of the President of UMNO.

5. So what will come next? It must be President for life.

6. And after that. There should be a dynasty. A Crown Prince no less. But call it the Deputy President. And he must be from the family, including the wife’s.

7. In my time, I was challenged. Tengku Razaleigh contested against me. So did Musa Hitam. Four of my Cabinet Ministers backed my challengers. I did not ask them to be loyal to me as President of the party.

8. They lost. But the Ministers continued to be Ministers. One even got to be Prime Minister.

9. They don’t and I didn’t expect them to regard me as an institution which cannot be challenged.

10. Ah! Am I not promoting my own son? Not in my time. Not when I had the power to do.

11. But when he fights his own battle, am I supposed to fight against him? If he wins, he wins. If he loses, that will not be my doing. Already he has lost for having the same stand as I have.

12. I am old now. But Allah be praised, I am not senile. I would gladly accept an open debate with Najib with live audience and T.V. live telecast.

13. The debate should be on governing a country.

14. I may lose. Cash may win. It is for Malaysians to evaluate, not TV3 or the NST or my own known supporters.

15. I am writing this from the hospital. I would like to thank all the well wishers for their get-well-quick messages.

16. Messages help but applying to join the new party would be even better.

Save Malaysia.

Tun Mahathir