Pemimpin

Pemimpin

Monday 26 October 2015

Ilmu dan Adab

Seorang pelajar dari Andalusia , Al-Ghazi bin Qais datang ke Madinah untuk menimba ilmu. Sedang beliau duduk di Masjid Nabawi, Al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid lalu terus duduk.

Lalu Al-Ghazi segera menegur lelaki tersebut: "wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Duduk di dalam masjid tanpa solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau jahil dalam hukum agama."

Lalu lelaki yang ditegur itu senyap lalu menunaikan solat 2 rakaat.

Tidak lama kemudian, Al-Ghazi melihat ramai orang berkerumun di sekeliling lelaki tadi untuk menuntut ilmu. Al-Ghazi pelik lalu bertanya kepada salah seorang pelajar.

Pelajar itu menjawab: "adapun beliau adalah Ibn Abi Zi'b, seorang pakar fiqh dan tokoh ulama dihormati Madinah ."

Al-Ghazi terkejut lalu menemui lelaki tersebut untuk meminta maaf atas kekasaran beliau .

Ulama besar  ini menjawab: "engkau tidak salah, engkau hanya menyuruhku membuat kebaikan, lalu aku mematuhimu."

Pengajaran: Yang menegur, tegurlah dengan beradab dan berakhlak,gunakan bahasa yang baik dan sopan manakala bagi yang ditegur, terimalah isi teguran dengan hati yang terbuka walaupun caranya tidak sesuai di mata kita.

Salam Ukhuwah.

No comments:

Post a Comment