Pemimpin

Pemimpin

Friday 13 November 2015

JDT dan FAM

Tahniah Kelab Harimau Selatan , Johor Darul Takzim
Tahniah para pemain ,  Pengurus , Barisan Kejurulatihan JDT dan yang paling penting Tengku Mahkota Johor , Tengku Ismail yang berjaya mencipta satu fenomena yang begitu luar biasa sehingga melahirkan jenama JDT yang begitu  hebat dan dikagumi serta dicemburui.

SEJARAH MENGUKIR SEJARAH PIALA AFC
2004 : AL-JAISH (SYRIA)
2005 : AL-FAISALY (JORDAN)
2006 : AL-FAISALY (JORDAN)
2007 : SHABAB AL-ORDON (JORDAN)
2008 : AL-MUHARRAQ (QATAR)
2009 : AL-KUWAIT (KUWAIT)
2010 : AL- ITTIHAD (SAUDI)
2011 : FC NASAF (UZBEKISTAN)
2012 : AL-KUWAIT (KUWAIT)
2013 : AL-KUWAIT (KUWAIT)
2014 : AL-QADSIA (KUWAIT)
2015 : JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) (MALAYSIA)

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membina kekuatan luar biasa serta mewujudkan jenama yang hebat dalam tempoh tiga tahun sejak Harimau Selatan ditubuhkan.Ada orang kata kuasa wang JDT  memang hebat ,  memiliki pemain pemain terbaik pasukan kebangsaan Malaysia serta pemain pemain import yang berkualiti sememangnya memerlukan wang yang banyak. Bukan sedikit wang dilaburkan tetapi adakah kewangan penentu kejayaan pasukan JDT ini ? FAM pun kaya juga , ada duit juga tapi di manakah ranking kita sekarang ?
Kita perlukan lebih daripada itu untuk mencipta sesuatu . Bagi saya TMJ adalah Roman Abramovic versi Malaysia. Kedua dua mereka obses tentang bola sepak malah mereka meletakkan bola sepak pada satu tahap yang tinggi .Mereka tak segan berbelanja dan pada masa yang sama mereka mahukan kejayaan segera yang wajib dicapai. Semasa mula mula mengikuti perkembangan JDT saya menyedari ramai yang meluat melihat JDT berbelanja besar memikat pemain pemain hebat di Malaysia ini. Bagi saya ini normal , malah ini sememangnya perlu berlaku untuk membuktikan Liga malaysia telah berada di era profesional sepenuhnya. Sapa ada duit berhak mendapat apa yang dia nak selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Sepatutnya urusan kontrak pemain dibuat dengan cara yang betul barulah kelab tidak kerugian apabila disambar kelab lain. Saya yakin pembaca lebih arif tentang urusan perpindahan pemain luar negara. Undang undang yang sama diguna pakai. Berbalik tentang Roman Abramovic Malaysia ini kita semua dapat melihat keghairahan beliau dalam bola sepak. Ini yang perlu ada pada FAM . Insiden di Stadium Shah Alam adalah kemuncak kepada keghairahan peminat bola sepak di Malaysia . Susah ke nak dapatkan orang yang punya keghairahan dalam bolasepak ini di Malaysia. Kalau dah tak ada rasa ghairah tu macam mana kita nak memajukan bolasepak malaysia . FAM perlu berubah. Revolusi bolasepak Malaysia bakal berlaku dan tak seharusnya ia disekat. Biarlah orang yang cintakan bolasepak menerajui kepimpinan FAM. Kita sudah melihat buktinya. FAM perlukan revolusi bukan lagi evolusi.
All about passion..

No comments:

Post a Comment