Pemimpin

Pemimpin

Friday 13 November 2015

Kitul dan Mendeliar : Khoja Hasan yang Dilupakan


Kitul dan Raja Mendeliar dua tokoh utama yang paling diingati dalam sejarah melayu , bukan kerana jasa kebaktian mereka tetapi kerana merekalah Bendahara Seri Maharaja dan Tun Hassan Temenggung dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Shah . Berulang kali cerita ini diperturunkan bagi menunjukkan betapa bahaya FITNAH kepada sesebuah organisasi mahupun sebuah kerajaan. Hanya kerana ingin melangsaikan hutang kepada Raja Mendeliar dia sanggup memburukkan saudara sendiri dan bermulalah komplot yang akhirnya melemahkan kerajaan melayu Melaka yang tersohor.
Tapi kita lupa kepada siapakah yang menjadi perantara kepada FITNAH Raja Mendeliar ini , Siapakah watak yang paling penting yang berjaya meyakinkan Sultan Mahmud tentang sembah FITNAH ini? Watak ini adalah Laksamana Khoja Hasan yang merupakan antara orang kepercayaan Sultan Mahmud hinggakan darahnya diharamkan oleh Sultan untuk ditumpahkan. Sepatutnya sebagai seorang pembesar kepercayaan Sultan , beliau lebih berhati hati dalam menyampaikan sebarang sembah yang boleh membawa kemudaratan seperti ini. Apa yang berlaku ialah beliau sendiri gelap mata menerima hadiah ( sogokan atau rasuah) sehinggakan tanpa usul periksa terus mengadap Sultan Mahmud mendatangkan sembah berjahat ( memburukkan ) Bendahara Seri Maharaja.
" setelah datang ke luar pintu Laksamana maka ia minta bukai pintu, maka segala harta yang dibawanya semua dipersembahkan kepada Laksamana .Kata Raja Mendeliar pada Laksamana ,sahaya mengadap orang kaya ini ,sahaya berlepas taksir , supaya jangan sahaya dikatakan orang dibicara dengan penghulu sahaya, kerana telah sahaya ketahui bahawa datuk Bendahara hendak derhaka.."
*petikan sejarah melayu.
"Setelah laksamana melihat harta terlalu banyak itu , maka hilanglah budi bicara akal yang sempurna itu , sebab disamun harta dunia"
*petikan sejarah melayu.
Begitu besar pengaruh harta dunia hinggakan Laksamana itu sanggup melakukan perkara keji tersebut yang mengorbankan penasihat kerajaan melayu Melaka itu. Tanpa Bendahara Seri Maharaja yang berwibawa , Melaka gagal dipertahankan kerana bendahara selepas itu kurang ketokohannya malah mempunyai kecacatan sehingga digelar Bendahara Tepok.
Begitu juga kitaran politik pada hari ini , begitu ramai pewaris Kitul dan Raja Mendeliar wujud kerana kemunculan waris waris Khoja Hasan. Semua orang berebut ingin menonjolkan diri , memperjuangkan kepentingan diri sendiri hinggakan sanggup mewujudkan satu demi satu musuh dalam organisasi yang sama. Kerana apa ? Kerana golongan Khoja Hasan ini yang begitu rapat dengan pemimpin mahukan rating dan kepujian dalam penilaian prestasi semasa maka info dan maklumat yang salah disampaikan kepada pemimpin. Mujur ini bukan lagi zaman Sultan Mahmud jika tidak pasti kita akan lihat ratusan mungkin ribuan dihukum bunuh angkara FITNAH .
Kita tau peranan Kitul dan Raja Mendeliar dan kita juga tau peranan Khoja Hasan yang jauh lebih penting. Sejarah pasti akan berubah jika Khoja Hasan terlebih dahulu menyiasat FITNAH si duo jahanam tersebut. Jika Khoja Hasan menjalankan tanggungjawabnya maka kedua dua watak hitam ini takkan lahir kembali. Jangan ulangi sejarah silam . Tugas Khoja Hasan dulu dan sekarang adalah mulia warisan Hang Tuah hamba yang setia. Jika Khoja Hasan meletakkan dirinya ditempat Hang Tuah maka dia akan mendahului tuannya dalam segala hal. Keadaan berbalik bila jawatan dianggap kebesaran yang melebihi tuan. Tepuk dada tanya iman . Adakah kita Khoja Hasan , Kitul atau Raja Mendeliar? Jika Khoja Hasan insya Allah kita mungkin memperolehi peluang kedua tetapi jika sebaliknya bukan sekadar orang lain kita jahanamkan malah diri dan keluarga kita sendiri.

3 comments:

  1. Cuba chek balik. Laksamana khoja hassan difitnah oleh mendaliar kononnya beliau yg menjadi dalang fitnah sebab mendaliar nak lepaskan diri. Laksamana khoja hassan ini merupakan panglima besar yg dilantik oleh wali songo utk lawan portugis di sunda kelapa jayakarta dan berhasil tewaskan portugis. Beliau juga dikenal sbg fatahillah atau sayyid falalaten dan beliau juga merupakan ahlul bait

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba siasat sebetulnya dan sebaiknya.. Jangan bagi kenyataan yang boleh memesongkan pembaca.. En tanpa nama saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tanpa nama.

      Delete
  2. Saya setuju agar disemak dari sumber - sumber yang lain. Agar ada maklumat yang lebih jelas.

    ReplyDelete