Pemimpin

Pemimpin

Friday 13 November 2015

Tersirat dan Tersurat

Semakin hari semakin ramai yang meluahkan rasa tidak berminat dan meluat dengan pencacai dan pengampu politik yang membawa cerita tentang kehebatan pemimpin politik tertentu yang menjadi pembiaya mereka.Laporan dan artikel mereka ini seolah olah pemimpin yang dipertahankan oleh mereka begitu suci dan maksum tidak ada cacat celanya . Tidak cukup dengan itu setiap pojok , status , laman sesawang , blog digunakan untuk menghentam pemimpin dan rakan rakan seperjuangan yang tidak sealiran pendapat dengan mereka . Hakikatnya rakyat  perlukan laporan dari sumber yang sah dan bebas dari pengaruh orang politik yang berkepentingan . Media seolah olah dikawal oleh dua kem utama iaitu kerajaan dan pembangkang . Bagi saya itu bukan masalahnya. Masalahnya bila wujud laporan laporan yang berat sebelah yang mewujudkan persepsi negatif dalam minda rakyat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan kebebasan media ?
Orang Melayu khususnya suka mengamalkan politik MENGHUKUM SESAMA MELAYU BILA WUJUD PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK.
Orang Cina melalui DEWAN PERNIAGAAN CINA mendahulukan agenda bangsa mereka dan mengenepikan ideologi politik.
Susun atur strategi orang Cina meletakkan DEWAN PERNIAGAAN CINA MENGATASI POLITIK maka sokongan kaum cina dalam arus politik direncanakan oleh badan ekonomi mereka.Orang cina tak kisah siapa pun yang berkuasa selagi kepentingan ekonomi mereka tidak terjejas . GST menjadi musuh mereka yang paling utama kerana mereka tidak lagi boleh memanipulasi sistem percukaian seperti sebelum pelaksanaan GST.
Orang Melayu mewujudkan amalan yang mencetuskan DENDAM SESAMA MELAYU melalui tindakan yang terlalu bersifat politik kepartian.
Bila telah wujud dendam maka usaha untuk menyatukan melayu menjadi semakin sukar . Hakikatnya jika tidak ada unsur DENDAM ini sudah lama UMNO dan PAS bersatu . Tapi dek kerana DENDAM ini peluang penyatuan diketepikan masing masing hanya ingin melihat mereka dihancurkan dan karam di arena politik semasa ini.
Sampai bila orang melayu terus dengan sikap memusuhi sesama melayu sedangkan bangsa lain semakin jauh meninggalkan kita dalam bidang ekonomi dan politik. Terlalu banyak yang TERSIRAT dari yang TERSURAT sehingga sukar nak dikenalpasti samada sesuatu yang ingin dilaksanakan itu bermotifkan apa.
Kita khuatir dan bimbang sekiranya terdapat agenda peribadi disebalik satu satu perlaksanaan dan kita turut menyokong agenda tersebut.Sebagai rakyat yang prihatin dan cakna  maka amat wajar rakyat mendapat laporan yang telus dan miliki integriti agar rakyat dapat menilai secara bertanggung jawab. Ini bukan lagi zaman berita bodek dan jilat , ini adalah zaman di mana berita baik dan buruk boleh diakses melalui dunia maya tanpa sempadan , tanpa had , tanpa halangan. Jangan bandingkan rakyat era 90an dengan sekarang kerana mereka jauh lebih bijak dan peka. Mereka boleh jadi akauntan bila baca artikel yang ditulis oleh akauntan bertauliah dan mereka boleh memahami undang undang dengan membaca artikel seorang pengamal undang undang .
Apabila maklumat sekadar dihujung jari kebenaran dan fitnah hanya dipisahkan oleh sempadan setebal kulit bawang.

No comments:

Post a Comment