Pemimpin

Pemimpin

Monday 8 August 2016

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN POKOK SENA

*BUDAK KHAIRUL LAPOR TIGA TAN SRI NAK GULING  NAJIB*
*KPN KATA LAPORAN HANYA ANDAIAN*
*BUDAK KHAIRUL KATA DIA DAH BERJAYA PATAHKAN CUBAAN GULINGKAN NAJIB DAN KERAJAAN UMNO BN*.
*LU PIKIR LA SENDIRI!*

1.Satu yang melucukan bila baca kenyataan budak Khairul suruhan umno yang buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri.Budak Khairul kata yang dia telah berjaya menghalang,menggagalkan dan mematahkan percubaan komplot yang nak gulingkan dan jatuhkan PM Najib dan kerajaan Umno Bn.

2.Dalam laporan polis pada 26 July 2016  *budak Khairul pecacai Umno menyatakan dengan penuh yakin yang beliau mempercayai ketiga tiga individu Tan Sri tersebut secara berseorangan dan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi menggulingkan PM Najib dan kerajaan yang sah dengan mekanisma*:

a) *memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi di Amerika Syarikat termasuk FBI*.
b) Maklumat dan dokument tersebut diberikan kepada pihak asing tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa Malaysia khususnya Jabatan Peguam Negara.
c) Sebahagian besar makkumat tersebut adalah direka,dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan tujuan jahat mereka.

3.Sedangkan pada 3 Ogos 2016 bertempat di Kelana Jaya budak Khairul suruhan Umno dalam sidang media sebagai respon kepada KPN yang mengatakan laporan polis budak Khairul hanya satu andaian Khairul sahaja. *Khairul menyatakan beliau telah berjaya mematahkan rancangan komplot untuk menggulingkan PM Najib dan kerajaan Umno Bn*.

4.Bagi saya sangat pelik budak Khairul ini,mula dia lapor polis tiga Tan Sri bekas penjawat awam nak guling Najib kemudian KPN kata laporan polis Khairul hanya andaian saja. *Duk tak duk budak Khairul kata pula yang dia dah berjaya patahkan usaha nak guling Najib dan kerajaan Umno Bn*.Kalau Polis dah kata laporan tersebut tidak ada asas hanya andaian budak Khairul saja macam mana budak Khairul kata dia dah berjaya patahkan komplot untuk gulingkan Najib.

5. *Jika sebaliknya betul apa yang dilaporkan budak Khairul macam mana dia berjaya patahkan, sedangkan dalam laporannya Khairul melaporkan komplot tiga Tan Sri ini menggunakan mekenisma dengan memberi maklumat pada FBI sebagai cara nak jatuhkan Najib*.Maknanya maklumat tersebut sudah diberi kepada FBI. *Macam mana Khairul kata dia dah patahkan sedangkan mengikut laporannya FBI dah dapat maklumat dan dokumen penting*.

6.Saya ingat budak Khairul suruhan Umno ini penagih tegar ketum.Sebab itu dia bercakap macam orang mabuk ketum. *Kesian Umno terpaksa guna budak suruhan yang mabuk ketum dan kadang kadang macam budak tiga suku*.
Kepada rakyat Malaysia *LU PIKIR LAH SENDIRI!*

#TangkapMO1
#TangkapBudakKhairul
#SelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9am Taman Al-Walid Alor Setar
8 Ogos 2016/5 Zulkaedah 1437H.

No comments:

Post a Comment