Pemimpin

Pemimpin

Monday 8 August 2016

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN POKOK SENA

*MINTA SARAWAK REPORT NAMAKAN SIAPA PIMPINAN ATASAN PAS YANG TERIMA WANG RM90 JUTA DARI NAJIB*.
1.Laporan Sarawak Report (SR) yang mendakwa sejumlah wang RM90 juta telah dimasukan ke akaun peribadi pimpinan PAS oleh PM Najib adalah satu tuduhan yang sangat berat terhadap Pas. *Laporan tersebut satu percubaan untuk melumpuhkan kepercayaan rakyat khususnya ahli Pas kepada Pimpinan dan Parti Pas*.
2.Saya tetap bersangka baik tiada pimpinan Pas yang menerima wang sebanyak itu sebagai imbuhan untuk menjauhkan Pas dari pakatan pembangkang.Seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Presiden Pas tiada mana mana pimpinan Pas yang menerajui negeri yang di perintah oleh Pas didakwa atas tuduhan berkaitan rasuah. *Namun bagi saya laporan Sarawak Report tidak boleh dipandang sepi oleh pimpinan Pas kerana ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi untuk menghakis kepercayaan rakyat terutama ahli terhadap Pas*.
3.Sebelum ini *bila SR melaporkan isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi PM Najib ramai orang menganggap cerita rekaan,fitnah jahat dan sebagainya*.Akhirnya apa yang berlaku sekarang membuktikan *laporan SR dan WSJ benar dan PM Najib terpaksa mengaku RM2.6 bilion tersebut adalah derma dari tok arab*.Kini DOJ mendakwa aliran wang ke dalam akaun peribadi PM Najib *bukan dari Tok Arab tapi dari 1 MDB*.
*PAS BUKAN PENAKUT MACAM NAJIB UNTUK SAMAN SR*.
4. *Saya masih tidak mempercayai laporan SR yang menuduh PAS menerima DERMA RM90 juta dari PM Najib* yang disalurkan melalui individu pimpinan tertinggi Pas yang tidak dinamakan oleh SR. *Saya cabar SR namakan siapa pimpinan tertinggi Pas tersebut dan tunjukan nombor akaun bank sepertimana SR boleh tunjukan nombor akaun Najib*.Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan Pas tersebut akan bersedia  memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ianya *DERMA* politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.
5.Jika SR tidak berjaya membuktikannya *saya percaya Pas bukan penakut dan pengecut seperti Najib dan Umno yang berulang kali kata nak ambil tindakan pada WSJ dan SR tetapi sampai sekarang tiada tindakan diambil*.Sebaliknya makin banyak pendedahan WSJ dan SR yang meyakinkan rakyat tentang kecurian wang 1MDB memang benar berlaku.
#BeraniKeranaBenar
*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
8pm Taman Al-Walid Alor Setar
8 Ogos 2016/5 Zulkaedah 1437H.

No comments:

Post a Comment